Thursday, December 2, 2010

Sakit Kancing Gigi... Pernah dengar, Jarang jumpa...


Mungkin korang penah dengar penyakit kancing gigi atau juga dkenali sebagai tetanus. Semalam aku jumpa seseorang yang kena penyakit ni. menurut c Polan, dia kena sakit ni dalam 4 hari yang lepas. Dia dah p clinic tapi Dr bagi ubat saja. Xda injection pn... kesian jgk dgr cerita dia, dah xboleh nak makan, bcakap apatahlagi. Sebenarnya aku jumpa orang ni masa aku kat umah makcik sarimah. Makcik ni pakar urut mengurut ni, tapi aku aku pasti sakit macam ni boleh urut ka tak. Itu bukan point aku dalam penceritaan ni. Aku nak share ilmu ngan korang. Walaupun aku bukan Doktor perubatan, at least dari pembacaan aku boleh share skit la sal penyakit ni.

Pertama sekali, tanda-tanda korang dapat penyakit ni, korang akan rasa kekejangan otot yang menyakitkan. dibahagian sekitar rahang. Simptom utama disebabkan oleh tetanospasmin, neurotoksin yang dihasilkan oleh Bakterium anearobik obligate Gram-positif Clostridium tetani.. (pergh... bebelit lidah menyebut) Penyakit ni selalunya berpunca daripada luka yang dalam.

Clostridium tetani dijangkiti melalui manusia, kuda dan haiwan berdarah panas. Saluran usus, luka dan spora, tanah, najis mengandungi bakteria ini. Risiko penyakit ini amat tinggi jika kecederaan berpunca daripada objek runcing dan tajam seperti jarum atau duri pokok yang tercemar yang berkemungkinan mencucuk spora jauh ke dalam kulit.

kalau korang nak tau tanda-tanda seseorang itu mendapat kancing gigi ialah kelesuan, ketegangan atau kekejangan, sukar mengunyah, otot semakin keras hingga terkancing gigi, susah tersenyum lebar, pengecutan otot yang kuat, kekejangan yang menyakitkan. Akibat daripada kancing gigi keretakan (di tulang-tulang panjang, tulang belakang), kerenggangan tendon, kesukaran makan, kegagalan jantung dan trombosis. Kalau korang nak tau kancing gigi ni boleh dicegah dengan mendapatkan vaksinasi.


So "mencegah lebih baik dari mengubati"

tahu tak "penyakit ni boleh membawa maut". Na'uzubillah.... kalau ada antara mereka yang dekat dengan korang kena penyakit ni. Bawalah berjumpa Doktor secepat mungkin. Kancing gigi boleh dicegah dengan pelalian dengan tetanus toxoid. Ada sumber mengatakan bagi orang dewasa, adalah sebaiknya untuk mendapatkan suntikan pelalian sepuluh tahun sekali.

Oklah setakat ni tu dulu yang dapat aku kongsikan semoga artikel ni menjadi panduan berguna pada kita semua...

No comments:

Post a Comment