Thursday, December 2, 2010

Petua untuk GEMUK dan Petua untuk KURUS

Ramai wanita mementingkan wajah yang cantik dan bentuk badan yang menarik. Malah ramai dalam kalangan mereka ini yang memiliki tubuh agak GEMPAL sedaya upaya menguruskan badan. Ada yang sanggup berbelanja beratus malah ada yang mencecah ribuan ringgit untuk mendapatkan pil atau segala jenis ubatan yang kononnya boleh menguruskan badan. Tidak dinafikan memiliki tubuh yang ideal menjadi impian setiap insan "KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA". Tapi sejauh mana kesedaran individu hari ini bahawa bentuk tubuh bukanlah menjadi ukuran kecantikan. Kesihatan adalah aset yang paling berharga. Bukan itu wanita yang memiliki tumbuh gempal sahaja yang menjadi bual bicara, wanita yang berbadan kuruspun menjadi bualan, ada dalam kalangan mereka memprotes diri sendiri dalam perbualan yang kononnya mereka makan banyak tapi badan tak naik (gemuk). C Gemuk nak kurus, C Kurus nak gemuk.  Adakah ini tandanya manusia ini tidak pernah bersyukur???
"...Dan sedikit (sekali) hamba-hamba-Ku yang bersyukur."(Surah Saba', ayat 13)

Sebelum pergi jauh lagi jom check korang punya BMI. Body Mass Index... Korang ni tahap mana BMI korang.. skg... click kat laman web ni... slmt mencuba... http://www.nhlbisupport.com/bmi/bmi-m.htm

The result should be one in the area of this:
  • Underweight = <18.5
  • Normal weight = 18.5–24.9
  • Overweight = 25–29.9
  • Obesity = BMI of 30 or greater

Kenapa aku kurus sangat? Soalan ini biasa bermain difikiran mereka yang berbadan kurus. Individu yang berbadan kurus ni dikatakan mempunyai metabolisma tinggi dan proses pencernaan bagi mendapatkan tenaga berlaku dengan cepat, manakala individu gemuk sebaliknya. Namun pendapat ini bukan 100% tepat kerna semuanya bergantung kepada gaya hidup, tabiat pemakanan dan kekerapan bersenam.

Macam mana cara nak menggemukkan badan dengan cara yang paling senang?
Di era teknologi yang semakin maju ni, ramai orang lebih suka duduk depan laptop, mengadap FB, Twitter dariapada bersenam. Istilahnya, wat pa nak bersenam, aku dah kurus, klu bersenam nanti tinggal tulang saja la... 
Pemikiran seperti ini yang perlu dielakkan. Ingat, bersenam bukan bagi mereka yang gemuk sahaja. 
Badan kurus tapi bertuknya menarik, baru ada "class"...
-Kalau nak gemuk dengan cara yang paling mudah, hati kena gembira.
mesti ada yang tanya, kenapa pula nak gemuk hati kena gembira? Memang ada kaitannya. kalau korang senang hati, gembira, ceria.... percaya atau tidak selera makan akan bertambah. Korang akan makan dengan penuh berselera. "Menurut pengalaman sendiri"
-Pastikan korang buang air besar setiap hari
Dengan membuang air besar setiap hari, bermaksud sistem pencernaan korang memang baik. Tapi bukan semua orang buang air setiap hari.... So korang kena banyak minum air kosong aka plain water.
- Makan ikut waktu.... 2 kali makan berat 3 kali makanan sampingan... 
Bunyi pelik... Makan berat tu Lunch ngan Dinner, sampingan tu bukan makanan ringan tau... Korang kena amik sarapan, minum petang dan minum malam... Banyakkan minum plain water ok??
- Minum susu tepung.
Minum susu ni bukan untuk bayi dan kanak-kanak saja tau. Orang dewasapun kena minum susu jugak. Kenapa?? susu ni baik untuk tulang, gigi dan kulit. Kan korang nak cantik. Minum susu sebelum tido malam. Selain tu, susu memudahkan korang tdo malam. 
-Walaupun kurus, korang kena bersenam
Bersenam ni bukan untuk mereka yang gemuk saja tau. bersenam juga bagi mereka yang kurus. Kalau nak bentuk badan yang kurus tu cantik, berbentuk menarik korang kenalah bersenam. Kalau malas sangat nak lari, cukuplah dengan berjalan kaki selama 30 minit. Kalau tak da tempat nak berjalan sampai 30 minit, pakai anak tangga, buat macam skipping tu... selamat mencuba...
-Ada petua dari Indonesia (SUSU TEMPE)
cara buatnya senang jak, tapi kena amalkanlah... kalau setakat minum sehari jak. xgerenti la blh gemuk ka x... Cara pembuatannya sangat mudah rebuslah tempe dan campur dengan pandan, satu sudu mentega, satu gula 
(jgn manis sgt) dan tapiskan. tunggu hingga suam then minum... selamat mencuba...

Mereka yang GEMPAL jangan susah... banyak cara yang boleh menguruskan badan.



Ilusi semata-mata tak da niat nak sindir sapa-sapa

Kategori Gemuk

 
1.
Gemuk bentuk badan epal (android obesity pattern)

Jenis ini dikenali sebagai kegemukan kawasan perut. Kandungan lemak di sekitar organ boleh menyebabkan pelbagai kelainan metabolik seperti gangguan toleransi glukosa, diabetes, kadar kolesterol dan trigliserida meningkat serta hipertensi.
2.
Gemuk berbentuk pear (gynoid obesity pattern)

Jenis ini dikenali sebagai kegemukan di kawasan pinggul dan peha. Umumnya berlaku di kalangan wanita.


Memandangkan sayapun tak pernah nak kuruskan badan, jadi tips menguruskan badan ni saya share ngan korang suma hasil pembacaan k??? 

1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.


6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:

Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,

Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),

Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)

Minum petang (3.30 - 4.00 petang)

Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)


Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.


Sebagai contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.

10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari










By the end, kalau dapat body cam ni kan... pergh... memang puas ati. Tapi make sure korang sihat la, body mantap kalau badan tak sihat tak guna juga....  Selamat mencuba dan semoga berjaya...

No comments:

Post a Comment